10 APRIL 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI: Sunday 4 August 2013



Sempena bulan baik BA nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan yang selalu lepak blog BA ni, serta pada pelawat-pelawat blog yang tiba-tiba ja masuk blog ini dan baru mengenali blog Badrul Amin maka korang juga BA ucap Selamat Hari Raya serta kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini .

Di sini BA nak minta maaf di atas setiap keterlanjuran kata-kata yang telah mengguris hati. Selama ni BA cuba hiburkan hati BA sendiri serta hati korang semampu yang boleh dan jika ada sebarang kekurangan haraplah dimaafkan. BA insan kerdil yang terasa sangat bertuah kerana adanya korang bersama BA di sini.
Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.


Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.

Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya. 

Demikian Aidilfitri sebagai hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, mereka telah meningglkan semua perkara yang digemari kerana Allah dan membentuk dalam dirinya satu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman mereka pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka.
Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri satu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang perlu dikekalkan sebagai persiapan untuk melaksanakan perjalanan mengerjakan haji kelak.


Bagi yang pulang ke kampung halaman sempena perayaan ini, berhati-hatilah ketika memandu, ingatlah orang tersayang. Saya doakan semoga semua selamat pergi dan pulang.






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Home
Apa anda rasa ? 

LIKE HERE

COMMENT HERE


FACEBOOK BA
Mohammad Badrul Amin | Promote Your Page Too

Powered by Blogger.com.